tajuk

Jumaat, 26 November 2010

PENGENALAN

Murid biasanya mempunyai konsep yang kurang mantap tentang sukatan pada peringkat awalnya. Masih ramai murid yang tidak sedar tentang keabadian sukatan isi padu cecair. Mereka juga mungkin menghadapi kesukaran untuk mengamati keabadian dalam isi padu cecair. Sebilangan murid beranggapan bahawa isi padu cecair akan berubah apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz.

Didapati kanak-kanak yang pertama menyatakan bahawa isi padu air yang terdapat di dalam dua gelas yang sama saiz mempunyai kuantiti air yang sama. Apabila segelas air dituangkan ke dalam gelas yang tinggi, kanak-kanak tersebut menyatakan kuantiti air tersebut adalah berbeza. Ini menunjukkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mengamati keabadian sukatan.
Perhatikan pula pada kanak-kanak yang kedua. Kanak-kanak itu menyatakan bahawa isi padu air yang terdapat di dalam dua gelas yang sama saiz mempunyai kuantiti air yang sama. Apabila segelas air dituangkan ke dalam gelas yang tinggi, kanak-kanak tersebut masih menyatakan bahawa kuantiti air adalah sama. Kanak-kanak tersebut juga menjelaskan bahawa kuantiti air tersebut adalah sama kerana walaupun air itu dituang ke dalam bekas yang lebih tinggi ia tetap sama kuantitinya dengan kuantiti air pada bekas yang sebelumnya.

Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid semakin berkembang di samping melalui pengalaman yang berkaitan. Guru harus mempunyai kesedaran terhadap masalah murid dalam keabadian sukatan agar dapat membantu guru dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik isi padu cecair.
Teori Jean Piaget haruslah dirujuk oleh guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam sukatan kuantiti fizikal ini.
Berikut adalah tayangan video yang menunjukkan dua kanak-kanak yang berbeza pendapat mengenai isi padu cecair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan