tajuk

Jumaat, 26 November 2010

Soalan 2 : Dua alat bantu mengajar yang boleh digunakan oleh Murid Tahun Dua untuk membantu mereka memahami dengan lebih baik.

Terdapat dua alat bantu mengajar yang boleh digunakan untuk mengajar tajuk isi padu cecair kepada murid-murid. Setiap alat bantu mengajar ini tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi sangat praktikal digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid memahami tajuk isi padu cecair.


Alat bantu mengajar yang pertama dinamakan
BEKAS AJAIB

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Pelbagai jenis bekas
  • air
  • bekas yang mempunyai saiz yang sama

  • pembaris

Kaedah menggunakan alat bantu mengajar ini adalah seperti berikut :

  1. Sediakan bekas-bekas dan alatan lain yang diperlukan.
  2. Bekas-bekas tersebut diisi dengan air.
  3. Bekas-bekas tersebut digandingkan dua-dua bagi melihat bacaannya. Contohnya, bekas kicap dengan bekas plastik berpenutup, gelas dengan cawan plastik, botol minyak afiat dengan botol sabun, dan bekas pencungkil gigi dengan bekas pati brands.
  4. Untuk mengukur kuantiti air yang manakah lebih banyak, dua bekas yang sama saiz digunakan untuk menuang kuantiti air daripada bekas-bekas tersebut.Bekas ini diperkenalkan sebagai bekas ajaib.
  5. Pembaris digunakan untuk menyatakan jumlah kuantiti air yang manakah lebih banyak dan sedikit.




Alat bantu mengajar yang kedua dinamakan

PENYUKAT AIR PANDAI MENGUKUR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :


  • 1 penutup botol air mineral

  • 1 baldi plastik
  • 1 tin susu kosong


  • 1 mangkuk kecil

  • 1 cawan
  • 1 gelas

Kaedah menggunakan alat bantu mengajar ini adalah seperti berikut :

  1.  Sediakan semua bekas yang diperlukan.
  2. Penutup botol akan menjadi alat pengukur bagi semua bekas. Penutup botol ini diperkenalkan sebagai penyukat air pandai mengukur.
  3. Isikan air ke dalam baldi.
  4. Guru akan melakukan simulasi di hadapan kelas. Murid-murid boleh berada di sekeliling guru bagi melihat simulasi dilakukan.
  5. Simulasi dilakukan satu persatu dengan mengisi air menggunakan penutup botol.
  6. Murid mengira jumlah isian air daripada penutup botol tersebut bagi setiap bekas.
  7. Jumlah isian direkodkan oleh murid.

1 gelas = _______________ penutup botol

1 cawan = ________________ penutup botol

1 mangkuk = __________________ penutup botol

1 tin susu kosong = _________________penutup botol

Tiada ulasan:

Catat Ulasan