tajuk

Sabtu, 27 November 2010

Soalan 3 : Dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan alat bantu mengajar yang hendak digunakan, masing-masing untuk murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN ALAT BANTU MENGAJAR PERTAMA
BEKAS AJAIB

Bentuk aktiviti : Aktiviti stesen berkumpulan
Tempat : Makmal Sains
Objektif pembelajaran : Murid dapat memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair.

  1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang murid.
  2. Setiap kumpulan mestilah ada murid yang cergas dan murid yang lemah.
  3. Guru menunjukkan stesen-stesen yang telah dilabelkan.
  4. Ketua kumpulan akan berkumpul untuk mencabut undi bagi menentukan stesen mana mereka akan bermula. Jika kumpulan A mendapat stesen 3, mereka harus bermula disitu dan seterusnya ke stesen 4 barulah ke stesen 1 dan 2.
  5. Guru akan meniup wisel setiap 5 minit untuk murid-murid membuat pertukaran dari stesen ke stesen yang lain.
  6. Bahan yang perlu ada di setiap stesen ialah 2 jenis bekas yang berbeza saiz dan 2 bekas yang sama saiz, dan sebatang pembaris.
  7. Setiap kumpulan perlu merekodkan nama bekas dan bacaan ketinggian air yang mereka dapat.
 
BIL
NO STESEN
NAMA BEKAS YANG LEBIH BANYAK AIR
KETINGGIAN AIR
(CM)
NAMA BEKAS YANG KURANG
AIR
KETINGGIAN AIR
(CM)
1





2





3





4






    8.   Murid yang lemah diberi jadual untuk melukis dan mewarna takat air berdasarkan air yang telah dituangkan ke dalam bekas ajaib.

 

No. Stesen
Nama bekas yang lebih banyak air

Ketinggian air
Nama bekas yang kurang
air

Ketinggian air








































    9.  Dalam aktiviti ini, guru perlu memantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid bagi memastikan murid yang lemah tidak ketinggalan dalam mengikuti aktiviti ini.


  10.  Setelah selesai semua stesen, murid akan membincangkan jawapan dengan guru. Kumpulan paling banyak betul akan diberi hadiah.



AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN ALAT BANTU MENGAJAR KEDUA
PENYUKAT AIR PANDAI MENGUKUR

Bentuk aktiviti : Aktiviti berkumpulan (sukaneka)
Tempat : Gelanggang Badminton
Objektif pembelajaran : Murid dapat mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.

  1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 8 hingga 10 orang murid.
  2. Setiap kumpulan mestilah ada murid yang cergas dan murid yang lemah.
  3. Murid beratur mengikut barisan kumpulan masing-masing.
  4. Seorang pencatat dan seorang pengira dilantik bagi setiap bekas yang berlainan.Pengira bersama-sama pencatat akan mengira jumlah penutup botol yang diisi airnya ke dalam bekas.
  5. Setiap murid boleh mengisi air sebanyak 2 kali penutup botol bagi setiap larian. Jika air di dalam bekas bagi kumpulan tersebut telah penuh, kumpulan tersebut boleh berhenti mengisi air. Satu kumpulan lagi perlu memenuhkan air di dalam bekas untuk menentukan jumlah penutup botol yang diperlukan bagi memenuhkan air di dalam bekas
  6. Aktiviti diulang lagi sehingga keempat-empat bekas diisi dengan air.

K = tempat pencatat dan pengira
A dan B = kumpulan yang bersaing


    7.  Setelah selesai semua aktiviti, murid akan membincangkan jawapan dengan guru. Kumpulan paling banyak betul akan diberi hadiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan